Monday, April 29, 2013

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL BERSAMA MASYARAKAT CINA JALAN AMBAR DUN DERGA

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di Jalan Ambar DUN Derga, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk setempat dalam Program Bersama Masyarakat Cina Setempat.

Program yang diadakan jam 8.30 malam ini telah diatur oleh Jentera BN setempat khusus bagi memberikan ruang dan peluang kepada penduduk terutamanya Pengundi dari masyarakat cina berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.


Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan semua yang hadir dan mengambil peluang mendekati dan mendengar rintihan masyarakat Cina berkaitan isu-isu setempat. Beliau turut berusaha meyakinkan dan menarik masyarakat cina di Jalan Ambar untuk bersama-sama menyokong BN demi kelangsungan pembangunan dan manafaat ekonomi negera buat semua.


Dato' Shahlan juga menerangkan aku janji BN khususnya BN Kedah yang menekankan aspek agenda soal pembangunan dan pendidikan serta kebajikan. Segala yang dijanjikan ini pasti dapat dilaksanakan jika BN diberikan peluang dan mandat menerajui Kedah pada PRU13 kerana terbukti BN menunaikan dan menepati janjitidak sekadar bermain dengan janji manis yang mustahil untuk ditunaikan.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 250 pengundi setempat dari keturunan Cina.




 




No comments: