Friday, May 3, 2013

PRU13 PROGRAM KEMPEN DATO SHAHLAN ISMAIL CALON BN PARLIMEN POKOK SENA RABU 1 MEI 2013

Pada 1 Mei 2013 (Rabu) Dato' Shahlan Ismail meneruskan program kempen di kawasan Parlimen Pokok Sena dengan lebih 11 program diaturkan pada hari ini khusus untuk memberikan ruang dan peluang kepada Dato' Shahlan Ismail untuk mendekati dan berjumpa terus dengan penduduk setempat khususnya pengundi beliau.

Beliau turut tidak berseorangan dalam program kempen ini apabila turut ditemani ahli keluarga terutama Isteri dan anak yang sama-sama menyokong beliau dihampir kesemu program yang diaturkan. Berikut Gambar Program dan aktiviti disertai Dato' Shahlan Ismail pada 1 Mei 2013 (Rabu).

1. PROGRAM SENTUHAN RAKYAT DI TAMAN AMAN JAYA

 
 

DOA IKHLAS DATO SHAHLAN ISMAIL UNTUK PERPADUAN DAN KEAMANAN SERTA MEMOHON RAHMAT ALLAH UNTUK POKOK SENA

Tanpa mengira ideologi politik dan sebarang perbezaan malah dengan membawa pendekatan seruan kedamaian untuk semua, Dato' Shahlan Ismail secara ikhlas, rendah diri dan tawadduk melafazkan doa memohon kepada Allah yang maha kuasa untuk perpaduan, keamanan dan Rahmat Allah Swt bagi Penduduk dan Kawasan Pokok Sena.

Tiada daya dan kuasa melainkan ALLAH SWT lah yang memiliki segalanya. Segalanya telah dilakukan oleh Dato' Shahlan Ismail dengan ikhlas jujur dan menerusi pendekatan yang sederhana agar dapat diterima sahabat, rakan dan penduduk semua dengan harapan beliau diberikan peluang membawa Harapan Baru kepada penduduk Parlimen Pokok Sena.

Semoga rakyat dapat menilai dan membezakan mana satu INTAN dan mana satu KACA kerana calon yang anda pilih menerusi undi nantilah yang akan membela dan berjuang demi menjamin nasib rakyat Pokok Sena terutama dalam soal kebajikan nanti.

Demi Harapan Baru Pokok Sena
Demi Harapan Keamanan dan Perpaduan
Mari Mengundi Dato' Shahlan Ismail Calon BN Parlimen Pokok Sena


Thursday, May 2, 2013

HEBAT!!! DATO' SHAHLAN BERKEMPEN HINGGA TEMBUSI PONDOK GERAKAN PAS DI KEDAH

30 April 2013 (Selasa) Dato' Shahlan Ismail telah berkempen sehingga ke Pondok Gerakan PAS di kawasan Bukit Pinang. Kemesraan Dato' Shahlan Ismail yang gemar mendekati rakyat tidak dapat ditolak penyokong PAS dan kehadiran beliau diterima baik. 

Beliau meluangkan masa beramah mesra dan berkenalan dengan penyokong PAS di Pondok Gerakan PAS tersebut dan menzahirkan agenda BN dengan membawa pendekatan seruan kedamaian untuk semua. Ternyata pendekatan ini berkesan dan menyentuh hati penyokong PAS menerima Dato' Shahlan Ismail walaupun berlainan parti.

Semoga Dato' Shahlan Ismail akan mendapat undian dari semua dan berjaya dipilih sebagai Wakil Penduduk Parlimen Pokok Sena pada 5 Mei 2013 nanti untuk berbakti kepada semua penduduk Parlimen Pokok Sena tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan Ideologi nanti.

UNDILAH BARISAN NASIONAL
DATO SHAHLAN ISMAIL HARAPAN BARU POKOK SENA

 
 
 

PRU13 PROGRAM KEMPEN DATO SHAHLAN ISMAIL SELASA 30 APRIL 2013

Dato' Shahlan Ismail konsisten melaksanakan kempen pada 30 April 2013 dengan suntikan semangat berbeza apabila YAB Perdana Menteri DS Mohammad Najib Tun Abdul Razak sendiri HADIR bersama-sama masyarakat di Kedah dan Pokok Sena amnya.

Sebanyak lebih 10 Program dan aktiviti telah dihadiri beliau dengan anggaran lebih 5 ribu pengundi didekati pada hari ini. Berikut Gambar Program dan aktiviti disertai Dato' Shahlan Ismail pada 30 April 2013 (Selasa).

1. Majlis Perasmian Sekolah Taman Awana dengan kehadiran YAB Dato' Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang kita kasihi.

 

PRU13: Lawatan PM di Kedah berjaya tingkat sokongan rakyat

ALOR SETAR: Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kedah semalam telah meningkatkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata, kunjungan tersebut sekaligus turut membantu jentera BN dalam misi mencapai kemenangan dan menawan semula Kedah.


"Saya lihat ramai rakyat yang sambut perdana menteri. Mereka tunjukkan sokongan padu kepada BN termasuk masyarakat Cina, India, Siam serta orang Asli," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra di Pasar Tani Taman Wira Mergong di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata, di Baling misalnya, rakyat berjanji mahu memberi kemenangan 4-0 kepada BN iaitu di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu, Kuala Ketil dan Kupang serta kerusi Parlimen Baling.

Beliau berterima kasih kepada Najib yang berjanji untuk melaksanakan pelbagi projek di kawasan Parlimen Pokok Sena dan Baling selepas pilihan raya ini seperti hospital pakar dan masjid.

"Saya percaya rakyat Baling amat ternanti-nantikan pengumuman ini dan ia juga dapat memberi manfaat kepada rakyat," kata Ahmad Bashah yang juga calon BN bagi DUN Bakar Bata. - BERNAMA

PRU13: Kerajaan setuju bina SMJK (CINA) Keat Hwa 3 di Pokok Sena - Najib

ALOR SETAR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk membina Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa 3 di kawasan Parlimen Pokok Sena, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, projek itu akan dilaksanakan berikutan permintaan masyarakat Cina di kawasan berkenaan. 

"Kerajaan setuju untuk bina sekolah itu kerana permohonan yang banyak daripada masyarakat setempat dan Barisan Nasional sokong dengan apa yang kita kira terbaik untuk masyarakat Cina," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Pokok Sena dekat sini, hari ini.

Tanpa menyebut kos dan bila pembinaan sekolah itu akan dimulakan, Najib berkata segala perancangan projek tersebut akan diteliti sepenuhnya calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga, Dr Cheah Soon Hai yang juga penyandang kerusi itu.

“Dr Cheah yang akan cari tanah untuk bina sekolah itu. Segala perancangan atas dia. Tetapi, apapun kita (rakyat) kena pastikan Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum ke-13 kali ini," kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Sementara itu, Cheah berterima kasih kepada perdana menteri kerana keperluan bagi sekolah itu sudah lama dibangkitkan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Pokok Sena.

"Saya akan memastikan segala perancangan akan dibuat seperti urusan mencari tanah dan sebagainya. Kita nak buat (bina) sekolah ini sebab SMJK Keat Hwa 1 dan 2 hanya terdapat di Kuala Kedah dan ini menyukarkan sebahagian keluarga Cina di sini menghantar anak mereka ke sana," jelasnya. - BERNAMA

PRU13: BN akan bawa perubahan besar jika tadbir Kedah - Najib

ALOR SETAR: Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan komitmen Barisan Nasional (BN) untuk membawa perubahan besar kepada Kedah jika ia diberi mandat memerintah kembali negeri ini.

Perdana Menteri berkata, Kedah sepatutnya menerima banyak pembangunan dan kemajuan dan bukan sekadar terkenal sebagai negeri 'Jelapang Padi'. 


Justeru, beliau berkata sudah tiba masanya bagi rakyat Kedah memilih BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad ini.

"Bagi Barisan Nasional, saya ingin melihat Kedah maju macam negeri-negeri lain. Kalau kata jelapang padi sahaja seolah-olah tiada perancangan.

"Kita mesti membawa transformasi dan pembaharuan kepada rakyat Kedah," katanya ketika berucap merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Pokok Sena dekat sini hari ini.

Najib berkata, beliau mempunyai banyak idea dan perancangan bagi melakukan pembaharuan di Kedah dan perkara itu tidak menjadi masalah jika BN diberi kepercayaan mentadbir negeri ini.

Tanpa mahu mengulas panjang mengenai apa yang dilakukan kerajaan PAS Kedah dalam tempoh lima tahun lepas, Najib berkata apa yang hendak dilakukan BN ialah membawa perubahan di negeri ini termasuk di kawasan parlimen Pokok Sena.
"Sebab itu kita berani buat kad laporan...pencapaian dan penilaian prestasi supaya rakyat tahu.

"Kad laporan itu makna pencapaian, penilaian dan prestasi kita (BN)...rakyat lihat dan nilai kita satu persatu dan pilihan yang terbaik ialah dengan memilih BN," tegasnya. - BERNAMA

PRU13: Pembangkang tak layak diberi peluang kedua - Najib

ALOR SETAR: Pembangkang tidak boleh bermegah dan berbangga dengan usaha membela rakyat versi mereka kerana dalam tempoh lima tahun lepas, 'pakatan' itu hanya melaksanakan 15 peratus daripada janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan bahawa pembangkang yang merangkumi PAS, DAP dan PKR hanya pandai menabur janji tetapi gagal menunaikannya termasuk di negeri-negeri yang dikuasai mereka seperti Kedah. 


Justeru, beliau berkata sudah tiba masanya bagi rakyat di seluruh negara menolak pembangkang pada pilihan raya umum ke-13, Ahad ini.

"Pada 2008, kita (rakyat) termakan dengan janji (pembangkang), takkan kita nak termakan lagi dengan janji mereka (kali ini). Takkan kita nak bagi peluang serta ruang kedua kepada mereka," katanya ketika berucap merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana di Pokok Sena dekat sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi parlimen Pokok Sena, Datuk Shahlan Ismail. - BERNAMA

PRU 13 Saya umpama galah, kait buah demi rakyat Pokok Sena - Dato Shahlan Ismail

ALOR SETAR 30 April - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pokok Sena, Datuk Shahlan Ismail mencuit hati orang ramai apabila menyifatkan dirinya seumpama sebatang 'galah' yang boleh digunakan oleh penduduk kawasan itu.

Jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, beliau boleh berperanan seperti galah untuk mengait buah-buahan yang masak ranum untuk manfaat penduduk.

"Saya sudah 19 tahun bekerja dengan Perdana Menteri jadi kelebihan itu saya akan gunakan untuk membawa banyak projek pembangunan ke kawasan ini.

"Maknanya galah ini akan digunakan untuk kait buah rambutan masak kepada penduduk," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Awana oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Orang ramai bersorak apabila Shahlan berkata, beliau akan membawa satu treler surat-surat sokongan dan permohonan pembangunan daripada penduduk Pokok Sena ke pejabat Perdana Menteri sekiranya beliau menang kerusi itu.

Menurutnya, kawasan tersebut berpotensi dibangunkan tetapi tidak berjaya dimajukan kerana kerusi Parlimen disandang oleh pemimpin parti pembangkang.

Sementara itu, Najib ketika memberi reaksi berkata, surat satu treler pun tidak mengapa jika BN menang di kawasan itu kerana matlamat parti itu sememangnya untuk membantu rakyat. 

Menurutnya, Shahlan adalah pilihan terbaik bagi kawasan tersebut dan para pengundi perlu memastikan kemenangan beliau pada Ahad ini bersama calon-calon BN lain agar nasib rakyat dapat dibela.

PRU13 Rakyat Kedah Mahu Perubahan

POKOK SENA 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana rakyat negeri itu mahu perubahan selepas lima tahun ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, suasana mahu perubahan itu amat ketara setelah rakyat membuat penilaian terhadap kerajaan negeri sejak 2008.

“Kedudukan BN mendapat sambutan yang sangat baik dan saya percaya kita boleh yakinkan pengundi-pengundi di Kedah bahawa pilihan terbaik adalah BN demi masa depan Kedah dan rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Awana di sini hari ini.