Thursday, May 2, 2013

PRU13: Pembangkang tak layak diberi peluang kedua - Najib

ALOR SETAR: Pembangkang tidak boleh bermegah dan berbangga dengan usaha membela rakyat versi mereka kerana dalam tempoh lima tahun lepas, 'pakatan' itu hanya melaksanakan 15 peratus daripada janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan bahawa pembangkang yang merangkumi PAS, DAP dan PKR hanya pandai menabur janji tetapi gagal menunaikannya termasuk di negeri-negeri yang dikuasai mereka seperti Kedah. 


Justeru, beliau berkata sudah tiba masanya bagi rakyat di seluruh negara menolak pembangkang pada pilihan raya umum ke-13, Ahad ini.

"Pada 2008, kita (rakyat) termakan dengan janji (pembangkang), takkan kita nak termakan lagi dengan janji mereka (kali ini). Takkan kita nak bagi peluang serta ruang kedua kepada mereka," katanya ketika berucap merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana di Pokok Sena dekat sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi parlimen Pokok Sena, Datuk Shahlan Ismail. - BERNAMA

No comments: