Thursday, May 2, 2013

PRU13 Rakyat Kedah Mahu Perubahan

POKOK SENA 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana rakyat negeri itu mahu perubahan selepas lima tahun ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, suasana mahu perubahan itu amat ketara setelah rakyat membuat penilaian terhadap kerajaan negeri sejak 2008.

“Kedudukan BN mendapat sambutan yang sangat baik dan saya percaya kita boleh yakinkan pengundi-pengundi di Kedah bahawa pilihan terbaik adalah BN demi masa depan Kedah dan rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Awana di sini hari ini.

No comments: