29
April 2013 (Isnin) Pada jam 10.45 malam Dato' Shahlan Ismail hadir ke
Program Sembang Santai PDM di Bilik Gerakan Alor Segamat DUN Derga.
Beliau mengambil peluang beramah mesra dan membina ukhwah dengan penduduk setempat yang hadir
terutamanya jentera BN yang banyak memberikan bantuan dan komitmen disepanjang kempen dilaksanakan.
Beliau berharap agar penduduk setempat dan jentera yang hadir dapat memberikan sokongan yang diterjemahkan dalam bentuk undi kepada beliau pada 5 Mei nanti.
Lebih 100 orang hadir dalam program ini.
No comments:
Post a Comment